Tuesday, 24 July 2012
Tengok atau tidak?
Siapa ada tengok Mana Hilangnya Juwita kemarin malam jam 10 malam?? Kalau ada tengok apa pandangan kamu? Makin menarik atau sebaliknya?
Monday, 23 July 2012
Selamat bekerja
2 hari sudah umat Islam berpuasa tapi tidak bekerja sebab Sabtu dan Ahad. Hari ini mula kerja sambil puasa. Puasa ya jangan tidak puasa
Sunday, 15 July 2012
IM4U
Siapa ke 1M4U di KLCC Esplanade? Ada flash mop lagi dan ramai artis juga turun ke sana termasuk Perdana Menteri kita
Friday, 13 July 2012
Ombak Rania
Semalam jam 9.00 malam di Astro Ria (104). Siapa ada tengok Ombak Rania? Lakonan Tasha Shila, Rozita Che Wan dan ramai lagi
Lisa Surihani sakit mata
Lisa Surihani terpaksa menangguhkan pengambaran Mana Hilangnya Juwita dan fotografi selama 2 minggu atas nasihat doktor yang menasihatkan tidak menggunakan kanta lekap dan mengelak solekan dekat kawasan muka. Sakit mata Lisa terjangkit daripada Yusry yang telah sakit mata pada hujung bulan Jun lalu
Monday, 9 July 2012
Mana hilangnya Juwita
Malam ini pada jam 10 malam bermula episod pertama Mana hilangnya Juwita yang dibintangi Lisa Surihani,Erra Fazira,Azhan Hani dan Zahiril Adzim. Jangan lupa saksikan!
Sunday, 1 July 2012
Tahniah kepada pemenang
On Air musim pertama telah selesai pada jam 3 petang tadi. 7 peserta layak ke pusingan yang terakhir ialah Dahlia, Hassanal, Herleena, Hana, Che Kamarul, Hefny dan Hafizul. 7 peserta berjaya menjadi keluarga Astro secara automatik. Hanya 4 peserta yang ke peringkat akhir iaitu Herleena, Hassanal, Hefny dan Hafizul. Manakala Dahlia, Hana dan Che Kamarul disingkirkan. 4 peserta tersebut dinilai dari segi pengucapan awam yang telah diberikan topik. Keputusan telah diambil juara On Air musim pertama jatuh kepada Hafizul dengan membawa balik wang tunai sebanyak RM 20.000, barangan elektrik RM 5.000 dan sebuah kereta Toyota Rush 1.5, Pemenang juga dapat peluang untuk mengacara rancangan sendiri. Tempat kedua jatuh kepada Hefny. Tempat ketiga jatuh kepada Hassanal dan Herleena tempat ke empat. Tahniah kepada semua pemenang.
Subscribe to:
Posts (Atom)